Cari Blog Ini

Sabtu, 10 Jun 2023

K.Terengganu/Kuantan 02/06~06/06/23

 Kuala Terengganu

Hari Pertama

Dah lama rancang nak bercuti ke Pantai Timur .. tahun ni baru ada kesempatan.. ke Kuala Terengganu la kami...

Bertolak dari rumah di Pelabuhan Klang pada jam 6.45 pagi... sampai Kuala Terengganu 1.30 tengahari...

Taman Warisan

Oleh kerana hari jumaat banyak tempat yang tutup ... kami musafir .. jadi kami singgah kesini.bergambar apa yang patut







Ict Haji Pok Long

Antara menu utama di Kuala Terengganu semestinya Sotong goreng tepung.. jadi kami terus ke Pantai Teluk Ketapang.. 

Ict teluk ketapang ni adalah antara yang popular gak yang jual sotong goreng tepung..

Antara menu yang kami rasa kat sini.. sotong goteng tepung, udang goreng tepung, cendawan goreng tepung, ikan goreng tepung dan abc nya pun padu

Kuala Terengganu Waterfront

Dihari pertama kami makan malam disini.. ingat ada menu tempatan .. ialah kat tempat orangkan.. rupanya western jr... bolehla suasana pun ok gak





Hari ke 2

Fauzi Nasi Kerabu

Antara kedai makan viral kat Kuala Terengganu dekat jrr dengan tempat penginapan kami di Gong badak..


Nampak menyelerakan..kan...
Memang padu teh ais nyrr

Bagi aku nasi kerabunya lebih kurang jr.. ngn tempat aku kat Port Klang..ialah yang masaknya orang Terengganu gak... Ayam goreng ngn teh ais nya memang sedap.. 

Payang water taxi

Antara aktiviti wajib jika ke Kuala Terengganu

Naik dari jeti Pulau Warisan... Menyusuri muara atau kuala di Kuala Terengganu



Tengah musim panas nii.. 


Singgangbudu

Balik dari ronda2 naik bot perut pulak terasa lapar... ramai yang cadangkan makan kat singgang budu.... dalam 1145 pagi sampai sana orang dah ramai....


Kami ambil hidangan ikan tuna singgang, sotong besar sambal, ikan bakar dan ulam-ulaman cicah budu... harga agak berpatutan

Muzium Negeri Terengganu

Dah kenyang kami menghala ke lokasi seterusnya... melihat sejarah negeri Terengganu...

Bahagian luaranya memang cantik..seperti istana zaman dahulu




Masjid Kristal

Masih dalam waktu zohor... teringin rasanya nak solat jamak di masjid ni...


Masjid yang dibuat dari kaca dan keluli

Tenang rasanya solat kat dalam ni.. Alhamdulillah..

Roti Bakar Arang

Teringin pulak makan roti yang dibakar dengan arang .. katanya sedap kami pun cuba lah kat sini...

Kami pesan roti bakar sup tulang.. memang terbaik.. nasi lemak pun sedap... puas hati makan kat sini



Hari ke 3

Pulau Kapas

Antara tempat yang wajib dikunjungi.. Pulau yang paling hampir di Terengganu perjalanan menaiki bot mengambil masa 15 minit sahaja















Pasar Payang
 
Kalau pergi Kuala Terengganu tak singgah kat sini maka tak lengkap la percutian...
Banyak pilihan barangan yang dijual..



Laksa sarang Teluk Jembal

Petang2 tak tau nak makan mana... google je.. ada yang cadang makan kat sini.. hala nak rasa laksa pula



Memang padu laksanya... kalau datang k.terengganu mau gi balik ni....



Hari ke empat

Kampung Warisan Losong

Antara  yang wajib dikunjungi juadah untuk dibawa balik .. keropok lekor kampung losong


Ramai gak orang ..kena lah beratur..

Ramai yang menjual keropok lekor disini.. tapi yang popular keropok warisan..

Tak sabar nak makan sata... habis bau satu kereta...

Pantai Kelulut


Menghala Kuantan kami ikut jalan pantai.... banyak pantai - pantai yang cantik... antaranya kami singgah kat sini menghilangkan penat

Kuantan
Chek in 2pm kat kuantan.. rehat2kan badan selepas 3 hari di Terengganu..

Malam hari kami ronda-ronda bandar Kuantan.. 















Kami lepak-lepak sambil bergambar di Kuantan art street...

Keesokan harinya sebelum balik ke Port Klang.. kami singgah ke Pantai Teluk Chempedak.. nak mandi tiada kesempatan jadi kami meikmati pemandangan... memang cantik




Inilah perjalanan hidupku... beriadah bersama keluarga tercinta..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan