Alhamdulillah setelah sekian lama aku dan isteri ingin melancong ke Langkawi dengan izin Allah tercapai juga apa yang kami idamkan...
Bertolak dari rumah port klang jam 11 malam...sampai jeti kuala kedah 0830 pagi jalan sesak..maklum la cuti sekolah. Sesampai nak parking kat sekolah dah penuh..panikla juga
ga mana nak parking.. tapi Allah permudahkan urusan dapat gak parking yang berhampiran milik koperasi.. 1 hari rm12 berbumbug..
Hari Pertama
Bertolak dari jeti kuala kedah jam 1130 pagi sampai jeti kuah 1.00 tengahari
Berebut2 nak duduk tepi nak tengok permandangan.... tau2 tidur... ermmmmm
Dari jeti kuah ke chenang kami nik grab rm25...kami menginab di pondok muara chalet harga 350 sahaja untuk 5 hari 4 malam
Petang jam 5.00 aku dan isteri berjalan kaki nak sewa motor kat chenang kami dapat 2 biji skuter rm205 untuk 5 hari... malamnya kami ronda2 kat pekan chenang... kalau naik kereta parking memang sesak.... kami makan di tepu pantai.. tapi kat chenang ni mahal sikit
CHENANG DI WAKTU MALAM
Ada pertunjukan orang main bola api
Suka sangat.pekena ABC
Hari Kedua
Hari kedua kami rancang ronda2 pulau naik motor ... antara tempat yang kami pergi...
PADANG MAT SIRAT
tempat yg terkenal dengan sejarah beras terbakar... klau nak shopping kat sini tempatnya murah sikit...
Bersiap sedia ronda2 kat pulau
Suasana kedai jalan mat sirat
TELUK YU
Dari padang mat sirat nak menghala ke kompleks kraf langkawi kami singgah sebentak ke teluk yu...
KOMPLEKS KRAF LANGKAWI
Lepas rehat sebentar di Teluk Yu... kami menghala ke kompleks kraf...cuci2 mata ..
Perjalanan seterusnya kita ke.....
SKYCAB
Antara kereta kabel yang terpanjang di dunia... namun apakan daya orang terlalu ramai men7nggu giliran... jadi bergambar diluar sahaja...
Tanda kenangan terjebak juga buat lilin tangan sendiri ngn isteri
LAKSA IKAN SEKOQ
Berdekatan dengan lapangan terbang langkawi banyak gerai dan food truck menjual laksa dan pelbagai juadah
Hari Ketiga
Hari ketiga kami rancang nk gi hopping pulak.... aktiviti air pulak... 9.00 pagi bertolak dari penginapan ke jeti kuala baru dengan menaiki van yang disediakan
Oleh pengendali bot pelancongan..
Melaram dulu dalam van.. layan jrr laa
PULAU DAYANG BUNTING
Destinasi pertama akviti hooping kami menghala pulau dayang bunting.. tak puas nak berendam lama bot beri masa jam sahaja..... ohh yrr hati2 dengan monyet..
Dilarang berenang melebihi had yang dibenarkan
PULAU SINGA BESAR
Selesai mandi kita ke Pulau singa Besar tengok helang.. ada pakej beri makan helang..pakej kami tengok jrrr....
PULAU BERAS BASAH
Destinasi hopping terakhir kami ..kami ke pulau beras basah... aktiviti ..mandi laut..
Pasir yang agak cantik dan air lautnya kurang masin
Selepas destinasi terakhir hopping balik ke chalet untuk bersiap ke distinasi seterusnya...
UNDER WATERWORLD
Kita tengok pelbagai kehidupan laut kat sini......
Terjja sangat ngan ikan duyung
Nak juga jadi ikan duyung...
Petang Di Pantai Chenang
Balik dari water world berehat kat chalet dahulu.. menghilangkan kepenatan... dalam jam 5 petang kami suami isteri menghala pantai chenang untuk mandi manda... anak tak ikut letih katanya.... ermmmmm lemah ...
Teringin nak naik benda ni.... tapi masa tak mengizinkan
Seronok layan mandi kat sini... walaupun berombak tapi pasir landai
Hari Keempat
Kilim Geoforest Mangrove Tour
Fosil-fosil Kilim merupakan sejarah yang mengisahkan bahawa batu kapur Formasi Setul di sini telah terbentuk pada pelantar laut cetek kuno antara zaman Ordovisi hingga Devon Antara aktiviti yang patut disertai... dengan suasana pandangan alam yang indah... banyak pakej yang boleh di pilih .. kami cuma ambil untuk pakej 1 jam sahaja....
Pulau kasut... sebelahnya sahaja sampai sempadan thailand dan lautan Andaman..
Dalam pakej kilim geo ni ada sekali pakej ketempat kelong pertenakan ikann sangkar dan gua kelawar....
Restoren terapung.. tengok jrrr... tiada dalam pakej...
Kerapu putih.... 1 dalam sejuta
Seterusnya ke Gua Kelawar
Pekan Kuah
Kami ke pekan kuah ... ketempat yang diminati oleh kaum isteri... bershopping lrrrr.....
Antaranya... Indah Suri dan Haji Ismal Group
Pisaulah.. coklatlah... semua dibeli..
Dataran Lang
Kalau melancong ke Langkawi ..tak pergi kesini ...tak lengkap percutian
Sepanjang tunggang motorsikal kat langlawi.. hari ni terkandas... hujan..
Pandangan Indah
Dalam perjalanan pulang ke Chalet ada pula ternampak signboard pandangan indah... singgah dulu kita tengok apa yang indah....
Hari Kelima
Nak balik dah..... check out pukul 1200... hala jeti kuah.... isteri teringin nak makan nasi kandar... kami terus hala pergi pulau pinang....
Menghala p.pinang
Kami makan kat restoren Deen kami sampai lebih kurang jam 7 petang...masih ramai orang beratur....
Selesai makan kami hala balik rumah... rindu pulak kucing2 yang ditinggalkan....
Sekadar perkongsian kos pengangkutan kami dilangkawi.....
Grab pergi/balik hari pertama dan kelima............... Rm 52.00
Skuter 5 hari.......Rm235.00
Jumlah.......Rm287.00
Rasanya sangat berbaloi....
Simpan disini sebagai diari buat kenangan kami sekeluarga...