0500 pagi..bertolak dari rumah di Pelabuhan klang..yr la mengelakan kesesakan lalu lintas
0830 pagi...sampai Taiping kami sekeluarga singgah di fadzil roti arang bakar...memang popular restoran ni di Taiping...apa lagi kami pekena roti bakar telur goyang kena pulak ngan kopi o nya...memang terbaik
Zoo Taiping
0930...kami ke zoo Taiping pulak yrr
Tapi tu la...mungkin awal sangat banyak haiwan tidur kot...hehhe penat gak datang jauh2 tuan rumah tak layan
Dah penat berjalan di zoo tadi kelaparan la pulak yrr...kita makan nasi talam pulak...memang terbaik masakan kampung memang murah, air sirap 1 jag percuma....
Muzium Taiping
Dah puas makan kita orang sambung ke Muzium Taiping pulak....banyak la juga pengetahuan yang kami dapat..
3.00 petang kami chek in kat hotel Seri Malaysia..boleh la rehat-rehat kan badan..pic tiada la...boleh lupa nak ambil..hehehe
Taman Tasik Taiping
Kalau buat outdoor pic masa kahwin dulu mesti cantikan hehehe
Pertama kali merasa naik bot kayuh ni...hehehe
Dah merehatkan badan dalam pukul 6.00 petang kami pergi ke taman tasik taiping..memang cantik pemandangan ditaman awam tertua di Malaysia ni (1880)....tenang mata melihat keindahanya...
Malam pergi Dataran warisan Taiping...ingat nak ronda-ronda pekan Taiping ,tapi tu la..tiada apa sekadar lepak di dataran jr la..
10.00 malam balik hotel..kita tidur jrr..
Burmese Pool
Pagi esoknya selepas sarapan kami ke Burmese pool tak jauh hanya 1 km dari tempat kami menginap...layan berendam sampai 11 pagi...gigil la juga kesejukan....prrrrr
1200 tengahari kami check out..sebelum kami bergerak ke Kuala Kangsar kita orang pekena cendol dengan pesambor kat sini..memang cendol ni dah lama kat taiping..memang sedap..
Kuala Kangsar
Masjid Ubudiah dibina pada tahun 1910
Alhamdulillah dapat solat di masjid yang indah ni...ada rezeki dapat pulak bubur asyura....Aaminnn....
Haaa...yang ni biasalah dah nama pun perempuan...banyak kraftangan yang berasaskan tanah liat ..rambang la gak mata...lokasi; kampung sayong.
Begitulah coretan percutian kami sekeluarga di Taiping dan Kuala Kangsar...sekadar perkongsian kenangan dari kami...































