Kali ini kami sekeluarga bercuti sambil jalan-jalan cari makan ke selatan tanah air
Bertolak dari rumah di Port Klang pada jam 6.00 pagi sampai ke destinasi pertama kami sampai di Batu pahat jam 9.30 pagi
Batu Pahat
Sultan Lamb Shank
Masakan Pakistan yang lazat dengan isi lamb shanknya yang lembut, ada pelbagai menu, pilihan kami menu utamanya lamb shank set dengan nasi Pakistan...
Kami pesan 2 set lamb shank dan 1 nasi pakistan sebab lamb shanknya agak besar 2 mangkuk boleh makan 3 orang
Tengok isteri makan pun dah tau sedap ke tak... hehehe
Bagi aku makanan disini 8/10
Muar
Tanjung Emas
Selesai makan di Batu Pahat kami beriadah di Taman Reakrasi di Tanjung Emas.. cuci cuci mata sikit
Menaiki Muar River Cruise .. ronda-ronda sekitar sungai Muar
Mee Bandung Muar
Sebelum chek in kami makan di salah satu kedai yang terkenal dengan mee bandung nya
Antara tempat yang wajib jika berkunjung di Muar... cuma kalau ada diabetis tu kongsi2 la yrrr... banyak pilihan citarasa cendol.
Dah lepas makan cendol.. kami jalan disekitar pasar (lebih kurang pasar uptown tapi kecil jr..) singgah jap makan kat kedai mamak yang bertapak kat muar dari tahun 50an... padu gak sup kambing nyr...
Hari kedua
Kena pergi awal kalau nak sarapan kat sini selalu orang ramai
R&H sate maharani
Sampai sana 0830 pagi pun dah ramai orang... x pr la alang2 dah sampai jauh2 ni kita rasa lah yr makanan yg viral.....
Makanan pada aku biasa jr .. harap viral jrr... sate kat selangor lagi ok.. kalau aku la... ada juga menu lain yg aku makan kat sini... ranting makanan bagi 5/10
Asam pedas jalan jonet
Selalu melaka terkenal dengan asam pedas mereka.. kali in kami cari asam pedas muar pulak... cari2 punya cari tanya2 kami ambil keputusan makan kt sini....
Ada pelbagai asam pedas dalam periuk besar... antaranya ikan mayung , jenahak , sembilang , siakap.. antara yang popular telur ikan mayung
Melaka
The Shore Oceanarium
Perjalanan balik kami singgah ke sini.... Tak lah sebesar Aquaria KLCC... tapi agak menarik gak suasana nya....
Port Dickson
Dari melaka kami ke Negeri Sembilan ..nak mandi pantai .. ke PD le kami... tidur malam kat sini
Ntah kali keberapa ntah gi sini... tak terkira.. maklum la dekat jrr dari kediaman di Port Klang kesini...
Hari Ketiga
Kopi Mansur
Dalam perjalanan balik ke rumah kami singgah ke Kopi Mansur... nak rasa lah kopi kegemaran para rider nii
Tengok punya kaw-kaw
Selesai singgah makan di kopi mansur kami menghala balik ke Port Klang..
Inilah coretan kami sekeluarga..































































Tiada ulasan:
Catat Ulasan